Ahad, Februari 15, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia telah meluangkan masa menghadiri Majlis Khas bersama Pegawai-pegawai Pertanian yang bertugas di Negeri Selangor. Majlis ini telah diadakan pada 12hb. Februari 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Majlis ini telah dimeriahkan oleh Yg. Bhg. Datuk Roseley Dato' Hj Khalid.

Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia di atas Pengurniaan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) dengan gelaran Datuk pada 2hb. Februari 2009 yang lepas sempena Hari Wilayah Persekutuan 2009.
Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg. Bhg. Datuk kerana sudi meluangkan masa bersama kami walaupun Yg. Bhg. Datuk mempunyai banyak lagi program yang lebih penting. TERIMA KASIH DATUK..

Segala pesanan dan arahan Yg. Bhg. Datuk kami akan praktikkan dalam tugasan harian kami. Nasihat dan tunjuk ajar Yg. Bhg. Datuk kami akan jadikan sebagai petunjuk dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian dan juga Pembantu Pertanian.
Detik-detik bersama Yg. Bhg. Datuk






Tiada ulasan:

Catat Ulasan