Rabu, April 01, 2009

LAWATAN EXCO PERTANIAN KE PROJEK PERINTIS PROGRAM MENINGKATKAN HASIL PADI NEGERI SELANGOR

YB Exco Pertanian bersama Pengarah Pertanian Negeri, Pengarah IADA dan AO Sabak Bernam

Pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan

Taklimat oleh Ketua Komponen IADA Barat Laut Selangor

Lawatan tapak Projek Perintis Pasir Panjang, Sabak Bernam

Penerangan kepada YB oleh Penolong Pegawai Pertanian Sabak Bernam

Petani sedang meracun

Taklimat di Sawah Sempadan, Daerah Kuala Selangor

Sebahagian daripada pegawai-pegawai yang menghadiri taklimat ini
Sebahagian daripada pegawai-pegawai yang telah menghadiri taklimat ini

Taklimat oleh Penolong Pegawai Pertanian Kuala Selangor
Lawatan ini telah diadakan pada 19hb Mac 2009 (Hari Khamis). Dua daripada 3 kawasan projek perintis telah dilawat oleh YB Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YB Tuan Haji Yaakob Sapari bersama-sama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Pengarah IADA Barat LAut Selangor, Pengarah MARDI Negeri Selangor, Wakil Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.

ATURCARA PROGRAM

10.00pagi
-Berkumpul di Balai Raya, Ban 2, Tali air 10, Pasir Panjang

10.15pagi
-Ketibaan YB EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
-Minum pagi

10.30pagi

-Taklimat ‘Perlaksanaan Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor’ oleh En.Eliyas Saad, Ketua Komponen Pertanian Barat Laut Selangor

-Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pasir Panjang
-Sesi perbincangan bersama YB

-Sesi lawatan tapak ke Pasir Panjang

-Makan tengah hari dan solat

2.30petang

-Bertolak ke Pejabat PKP Sawah Sempadan, Jalan Tiram, Tanjung Karang

-Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sawah Sempadan

-Sesi perbincangan bersama YB

-Sesi lawatan tapak ke Sawah Sempadan

4.45petang

-Minum petang

5.00petang

-Bersurai

Ahad, Februari 15, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia telah meluangkan masa menghadiri Majlis Khas bersama Pegawai-pegawai Pertanian yang bertugas di Negeri Selangor. Majlis ini telah diadakan pada 12hb. Februari 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Majlis ini telah dimeriahkan oleh Yg. Bhg. Datuk Roseley Dato' Hj Khalid.

Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia di atas Pengurniaan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) dengan gelaran Datuk pada 2hb. Februari 2009 yang lepas sempena Hari Wilayah Persekutuan 2009.
Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg. Bhg. Datuk kerana sudi meluangkan masa bersama kami walaupun Yg. Bhg. Datuk mempunyai banyak lagi program yang lebih penting. TERIMA KASIH DATUK..

Segala pesanan dan arahan Yg. Bhg. Datuk kami akan praktikkan dalam tugasan harian kami. Nasihat dan tunjuk ajar Yg. Bhg. Datuk kami akan jadikan sebagai petunjuk dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian dan juga Pembantu Pertanian.
Detik-detik bersama Yg. Bhg. Datuk






Rabu, Februari 04, 2009

MESYUARAT TAHUNAN & PERANCANGAN PROGRAM PENGEMBANGAN & PEMBANGUNAN 2009

Mesyuarat Tahunan & Perancangan Program Pengembangan & Pembangunan 2009, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah diadakan pada 28 hingga 30 Januari 2009 di Hotel Empress, Sepang. Mesyuarat tahunan kali ini telah dihadiri oleh 75 orang Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian dan juga Pembantu Pertanian serta Pegawai-pegawai Kewangan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Ucapan Pengarah Pertanian Negeri Selangor
Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah

Urusetia Mesyuarat Tahunan 2009


Segelintir daripada para hadirin (Gambar 1-5)
Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5

Agenda Mesyuarat Tahunan 2009 adalah untuk membincangkan Pencapaian Sasaran Kerja Tahun 2008 dan Perancangan Sasaran Kerja Tahun 2009. Aturcara mesyuarat adalah seperti berikut :

ATURCARA
MESYUARAT TAHUNAN DAN
PERANCANGAN PROGRAM PENGEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN 2009
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

PADA 28-30 JANUARI 2009

DI EMPRESS HOTEL, SEPANG

MASA AKTIVITI

RABU 28/01/2009
8.00-10.00pagi Pendaftaran
10.00-10.30pagi Minum pagi
10.30-11.30pagi Penerangan dan Taklimat Perancangan Dasar, Visi dan Misi Jabatan 2009. Oleh : Timbalan Pengarah Pertanian dan Ketua Penolong Pengarah


Pembentangan Perancangan Program Pengembangan Dan Pembangunan Oleh Daerah-daerah/Bahagian Teknikal


11.50-1.00t/hari Daerah Sabak Bernam
1.00-2.30petang Makan tengahari/solat
2.30-3.30petang Daerah Kuala Selangor
3.30-4.00petang Daerah Klang
4.00-4.30petang Minum petang
4.30-5.00petang Daerah Kuala Langat
7.00-8.30malam Makan malam
8.30-9.15malam Daerah Sepang
9.15-10.00malam Daerah Hulu Selangor
KHAMIS (29/01/2009)
9.30-10.30pagi Daerah Hulu Langat
10.50-11.50pagi Daerah Gombak/Petaling
11.50-12.25t/hari Bahagian Kejenteraan Tanjung Karang
12.30-1.00t/hari Bahagian Pengurusan Tanah
1.00-2.30petang Makan tengahari/solat
2.30-3.15petang Bahagian Perlindungan Tanaman
3.15-4.00petang Bahagian Padi, Sg Burong
4.00-4.30petang Minum petang
4.30-5.00petang Bahagian Hortikultur, Serdang
7.00-8.30malam Makan Malam
8.30-9.45malam Bahagian Industri Asas Tani
9.45-10.15malam Bahagian PTIF
10.15-10.45malam IADA Barat Laut Selangor
JUMAAT (30/01/2009)
9.00-9.50pagi Program Bumi Hijau
9.50-10.15pagi Program Insentif Dasar Jaminan Bekalan Makanan
10.15-10.45pagi Minum pagi
10.45-12.00t/hari Rumusan mesyuarat. Oleh : Pengarah Pertanian Negeri Selangor
12.00t/hari Makan tengahari dan bersurai



Isnin, Februari 02, 2009

JABATAN PERTANIAN



VISI JABATAN PERTANIAN..


Ke arah industri Pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti, & selamat dan pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.



MISI JABATAN PERTANIAN..


Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.



TERAS JABATAN PERTANIAN..



  1. Meningkatkan pengeluaran sektor agro makanan dan industri asas tani.

  2. Pembangunan modal insan.

  3. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian.

  4. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global.

  5. Mempertingkatkan pendapatan golongan sasar.

  6. Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.